Pada tahun 2011, semua guru sekolah rendah yang mengajar mata pelajaran tahun 2 hingga tahun 6 dan guru sekolah menengah seluruh negara telah mula mengisi markah ujian dan peperiksaan melalui Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS). Semua guru perlu mengisi markah Ujian Bulan Mac, Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Percubaan / Ujian Bulan Ogos dan Peperiksaan Akhir Tahun di SAPS ini.
Guru mata pelajaran Pendidikan Muzik di sekolah rendah juga perlu mengisi markah peperiksaan / ujian yang dijalankan di sekolah dalam sistem SAPS secara online. Pada tempoh hari puncak pengisian markah, waktu tengah malam 2a.m. hingga 6a.m. pasti guru dapat masuk sistem SAPS dengan lancar. Cara kedua ialah mengisi markah pada hujunga minggu (hari Sabtu dan Ahad). Sebenarnya kedua-dua cara ini merupakan pengalaman saya, harap ia dapat membantu guru lain.
Sistem SAPS boleh di akses di laman web seperti berikut:
http://saps.moe.gov.my/access-denied.php
KSSR Dunia Muzik Tahun 1 mempunyai 3 dokumen yang penting iaitu Dokumen Standard Dunia Muzik, Standard Prestasi Muzik dan Modul Pengajaran Muzik. Di bawah telah menyediakan ketiga-tiga dokumen ini dan ia boleh dimuat turun dalam bentuk version Bahasa Malaysia dan Bahasa Cina.