Welcome Scraps, Graphics and Comments

Sabtu, 10 Disember 2011

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

Pada tahun 2011, semua guru sekolah rendah yang mengajar mata pelajaran tahun 2 hingga tahun 6 dan guru sekolah menengah seluruh negara telah mula mengisi markah ujian dan peperiksaan melalui Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS).  Semua guru perlu mengisi markah Ujian Bulan Mac, Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Percubaan / Ujian Bulan Ogos dan Peperiksaan Akhir Tahun di SAPS ini.


Guru mata pelajaran Pendidikan Muzik di sekolah rendah juga perlu mengisi markah peperiksaan / ujian yang dijalankan di sekolah dalam sistem SAPS secara online.  Pada tempoh hari puncak pengisian markah, waktu tengah malam 2a.m. hingga 6a.m. pasti guru dapat masuk sistem SAPS dengan lancar.  Cara kedua ialah mengisi markah pada hujunga minggu (hari Sabtu dan Ahad).  Sebenarnya kedua-dua cara ini merupakan pengalaman saya, harap ia dapat membantu guru lain.  
Sistem SAPS boleh di akses di laman web seperti berikut: 
http://saps.moe.gov.my/access-denied.php

Jumaat, 2 Disember 2011

KSSR Dunia Muzik

KSSR Dunia Muzik Tahun 1 mempunyai 3 dokumen yang penting iaitu Dokumen Standard Dunia Muzik, Standard Prestasi Muzik dan Modul Pengajaran Muzik.  Di bawah telah menyediakan ketiga-tiga dokumen ini dan ia boleh dimuat turun dalam bentuk version Bahasa Malaysia dan Bahasa Cina.
Standard Prestasi Dunia Muzik Tahun 1 - versi BM
Dokumen Standard Dunia Muzik Tahun 1 - versi BC
Dokumen Standard Dunia Muzik Tahun 1 - versi BM
Modul Pengajaran Muzik Tahun 1 Sem 1 - versi BC
Modul Pengajaran Muzik Tahun 1 - versi BM



Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) secara online disediakan oleh pihak Lembaga Peperiksaan untuk kegunaan guru tahun 1 dan setiausaha peperiksaan (SUP) sekolah rendah.  Bagi semua guru mata pelajaran tahun 1 perlu memasukkan gred PBS bagi mata pelajaran yang diajar.
Sistem SPPBS boleh di akses di laman web berikut :
http://apps1.moe.gov.my/sppbs/